Saturday, 21 November 2015

[CERPEN 1] ZEXTER - KISAH SI PENAKLUK DUNIA

Eugenik.

Zexter seorang diktaktor. Keazamannya untuk mengawal dunia tidak pernah padam. Semakin lama dia melihat dunia, semakin membuak keinginannya untuk meletakkan dunia didalam genggamannya.

Bagi dia dunia adalah tempat yang paling menguntungkan, bagi yang tahu. Namun tidak ramai yang tahu. Asbab Zexter ingin mengawal dunia bukanlah kerana kesenangan yang bakal diperoleh. Tetapi cinta. Dia ingin mengerti makna cinta, dengan mengawal dunia. 

Dia sudah lama memusuhi cinta. Semua yang dikaitkan dengan cinta itu sungguh jelik. Dia tidak suka drama-drama cinta; suamiku encik sotong, suamiku ustaz, suamiku pilot. Sial semua itu. Dia juga tidak suka novel cinta, yang bermodalkan fantasi, lalu mencemarkan pemikiran manusia dengan sesuatu yang tidak nyata. Dia juga menjadi muak, apabila manusia mengungkapkan kata-kata cinta pada pasangan mereka tanpa mencapai erti sebenar cinta dalam bait kata-kata mereka. Kata-kata kosong sama sahajalah seperti kata-kata ahli politik. Janji semanis cadbury, tapi semuanya macam babi.

Zexter si sang penguasa sudah lama memulakan gerakannya untuk menakluk dunia. Kebenciannya kepada cinta sudah lama berakar menjadi mekar dalam hatinya. Cinta itu sudah tidak wujud lagi. Yang tinggal hanyalah kebencian pada cinta. 

Sudah beberapa kali percubaan dibuat untuk mencapai hasrat Zexter. Tetapi semuanya gagal. Manusia memiliki 'defense system' yang kuat. Tidak mudah untuk ditembusi. Lagi sukar untuk dipengaruhi. 

Yang pertama, Zexter menggunakan cecair Retroviral. Disebarkan secara  rambang kepada kelompok manusia. Pada mulanya rancangan ini hampir berjaya. Apabila manusia menjalinkan cinta, mereka lupa memakai 'pelindungan'. Akhirnya seorang terjangkit, lalu dua orang, seterusnya tiga orang, dan kini berjuta orang. Retroviral sangat jijik. Cairan nanah itu sudah cukup membuatkan manusia muntah kering tidak berisi. Lalu yang menjalin cinta saling membenci, menjauhi dan akhirnya berpisah. Semua kerana jangkitan Retroviral. Tetapi kejayaan ini hanya sementara. Kira-kira 50 tahun sahaja. Manusia sudah mula menyedari kepentingan 'pelindungan' dan cinta. Yang sakit tidak perlu dibenci. Yang perlu dibenci adalah penyakit. Ya, Retroviral pula dibenci manusia. Semakin lama manusia semakin sedar. 'Pelindungan' sudah dipakai, benci sudah bertukar simpati dan akhirnya membentuk semula cinta. Maka rancangan ini gagal. 

Zexter tidak berputus asa, walaupun usahanya selama 50 tahun ini gagal. Tetapi beliau mempelajari sesuatu. Kegagalan itu bukanlah sepenuhnya gagal. Ada juga saat dimana Zexter menikmati kemenangan.

Seterusnya Zexter melancarkan kempen fitnah. Mula-mula satu fitnah ditaburkan. Seterusnya dua, tiga, empat dan kini berjuta fitnah sudah berkeliaran dalam kelompok manusia. Fitnah adalah senjata yang paling canggih lagi berkesan pada Zexter. Hanya bermodalkan kata-kata palsu, ditukar menjadi seolah-seolah benar, lalu disebarkan kepada manusia yang memilki dengki, ditukar menjadi kebencian. Sekali lagi cinta cuba dihapuskan melalui fitnah dan kebencian. Sangkaan Zexter memang benar. Dunia semakin porak peranda. Fitnah tidak mudah lenyap. Sekali dilepaskan, berkurun berkitaran dari satu manusia kepada manusia yang lain. Daripada fitnah terjadi peperangan, perpecahan dan pergolakan. Zexter ketawa besar melepaskan kegembiraannya. Masa berlalu pantas. Fitnah sudah berleluasa hampir 100 tahun. Kebencian sudah disemai elok dalam diri manusia. Tetapi sesuatu berlaku lagi. Manusia yang kuat pegangan ketuhanannya tidak mudah dipengaruhi fitnah Zexter. Mereka terlalu kebal. Akal mereka sukar ditembusi, tiada ruang lagi untuk diisi dengan fitnah. Semuanya dipenuhi dengan tuhan. Tuhan itu maha besar. Cukup besar memuatkan akal manusia, bagi yang mengingati tuhan. 

Manusia sudah mula mengisi akal mereka dengan tuhan. Fitnah sudah lagi tidak berkesan. Zexter gagal pada akhir tahun ke-100. Zexter sedikit tercabar, namun tidak berputus asa. Zexter mula mengorak langkah seterusnya. Misinya untuk mengawal dunia ternyata bukan misi yang mudah. Tetapi keazaman Zexter cukup tinggi untuk meneruskan agendanya.

Kali ini Zexter mendapat idea baru, yang lain dari sebelumnya. Zexter ingin mengawal minda manusia. Fantasi! Zexter tahu fantasi adalah jawapannya. Zexter ingin mencipta dunia yang tidak wujud, lalu disebarkan kepada manusia. Manusia mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tidak wujud. Manusia suka mengimpikan yang indah-indah sahaja. Fantasi adalah cara yang berkesan. Biarkan pemikiran manusia berlegar dalam ruangan yang tidak nyata itu. Jangan diciptakan pintu, supaya mereka terperangkap, tidak boleh menemui jalan keluar. Dalam ruangan itu dipenuhi cinta, keseronokan, keindahan dunia dan lain-lain lagi yang indah-indah belaka. Manusia tidak akan sedar walaupun ia hanya sebuah fantasi. Yang mereka inginkan adalah keindahan sahaja. Biarkan mereka menikmati keseronokan yang tidak nyata itu. Apabila sekali merasakan keseronokan, jiwa mereka akan ketagih, inginkan keseronokan lagi dan lagi. Lihat! Zexter sudah berjaya. Zexter mencapai hasratnya untuk mengawal dunia dengan mengawal minda manusia, dibiarkan dalam dunia tidak nyata. 

Fantasi adalah dunia yang dicipta oleh Zexter, dan manusia sudah lama bergelumang terperangkap disitu. Tidak nyata!

Sesungguhnya Zexter memang seorang diktaktor. Si penakluk dunia.

Jadi siapa yang masih tinggal didunia yang nyata? Zexter? 


Related Posts:

  • MENCARI PERPADUAN DALAM PLURALISTIK - PERAYAAN DI MALAYSIASelamat Hari Raya AidilAdha saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, dan selamat bercuti kepada yang lain. Malaysia sebuah negara majmuk, dengan pluraliti agama dan bangsa. Keperlbagaian bahasa pert… Read More
  • PRK UM kembali Lagi!PRK datang lagi! Setiap tahun, semua universiti di Malaysia akan menjalani sistem demokrasi di kampus bagi memilih pemimpin dalam kalangan mahasiswa. Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan dasar/peraturan baru pilihan… Read More
  • MALAS Dalam masa sebulan dua ni terlalu banyak perkara berlaku, ada yang diantaranya adalah transisi perkara baru yang saya alami dalam hidup. Barangkali membuatkan saya terlalu sibuk dengan urusan keduniaan dan kewajipan kifayah … Read More
  • ORIENTASI UNIVERSITI: PENGERAT JALINAN, PENGUKUH KESATUAN? Sudah menjadi satu tradisi untuk pelajar baru mana-mana institusi pendidikan melalui proses pengenalan kepada suasana baru tempat belajar yang dikenali sebagai orientasi. Satu fakta menarik mengenai orientasi adalah ia … Read More
  • KERAJAAN SUNNI - FAISAL TEHRANI SYIAHSaya menjadi tertarik dengan penulisan ala-ala underground, sarkastik dan bersahaja setelah mengamati karya-karya Faizal Musa atau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Syiah, liberal, sekular, sesat sudah menjadi hemburan kata ya… Read More

2 comments: