Dato' Seri Anwar Ibrahim, pengerusi baharu PKR, yang dikhabarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8, seperti yang dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Harapan, telah memenangi kerusi presiden parti tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.
Dinamik politik PKR sangat menarik yang menjadikan mereka berbeza dengan UMNO atau parti lain. Semangat reformasi yang dibawa ahli parti menjadikan mereka lebih matang dan terbuka dengan politik demokrasi. Dalam PKR, walaupun di nafikan oleh pemimpin mereka sendiri, dengan jelas terdapat dua kelompok besar yang mempunyai cara pembawaan tersendiri. Dua sosok tubuh yang mengepalai dua kem ini adalah Saudara Rafizi Ramli dan juga Dato' Seri Azmin Ali. Rafizi adalah golongan yang lahir pada zaman reformasi, dididik sendiri oleh Anwar Ibrahim. Rafizi merupakan contoh pemimpin muda yang berintegriti dan bersemangat muda. Beliau telah menjadi 'think tank' PKR dalam merencana strategi politik mereka. Beliau juga menubuhkan INVOKE sebuah badan pemikir bebas yang menjadi medium beliau menyebarkan dakyah politik kepada rakyat. Rafizi merupakan salah satu faktor penting dalam strategi propaganda Pakatan Harapan dan tidak lupa juga jasa beliau semasa menjadi ahli parlimen yang selalu lantang bersuara dan membongkarkan isu-isu ketirisan kerajaan Barisan Nasional.
Azmin Ali tidak kurang hebatnya sebagai ahli politik. Beliau mempunyai rekod tersendiri dalam kepimpinan PKR. Semasa menjadi menteri besar Selangor, beliau telah membuktikan kemampuan dalam mentadbir kerajaan negeri.
Pemilihan PKR kali ini memperlihatkan dua kem terbesar ini merebut kerusi paling kanan dalam PKR, iaitu timbalan presiden parti. Siapakah yang dirasakan gandingan terbaik untuk Anwar Ibrahim?
Langkah Port Dickson adalah strategi politik PKR untuk menaikkan Anwar sebagai ahli parlimen. Strategi ini dilihat mendapat pelbagai reaksi seluruh negara. Dalam PKR sendiri, ada yang mempersoalkan kewajaran langkah PD. Ini adalah politik matang, dimana semua ahli berhak mempersoalkan keputusan parti atau presiden parti dan membawa kepada perbincangan peimpinan tertinggi. Langkah PD amat penting buat Anwar dan PKR demi merealisasikan cita-cita mereka untuk menjadikan Anwar sebagai PM Malaysia.
Apakah kesudahan polemik dalam PKR dan Langkah PD?
sumber: TheCoverage
0 comments:
Post a Comment