Dalam hal ini, bagi mengawal harga barang, kerajaan sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran pengguna, dengan kempen dan pelbagai medium, supaya pengguna lebih peka terhadap perubahan harga barang dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Harga barang menjadi isu penting kerana ini berkait rapat dengan masalah utama yang dihadapi rata-rata rakyat Malaysia, iaitu kos sara hidup.
Diharapkan pada masa hadapan, kerajaan akan dapat menggerakkan inisiatif lain untuk menyelesaikan isu harga barang, sekaligus meringankan kos sara hidup rakyat.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat aduan mengenai harga barang:
1) Talian hotline 1-800-886-800 atau
2) Aduan online http://eaduan.kpdnkk.gov.my/eaduan atau
3) Aduan melalui SMS dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan> ” dan hantar ke 15888 atau
Ayuh, gunakan kuasa pengguna anda!
Berikut adalah laporan yang dipetik daripada Astro Awani:
KEPALA BATAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima kira-kira 2,000 aduan setiap hari daripada orang ramai sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 1 Sept lepas.
Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima adalah berkaitan kadar harga makanan dan minuman, sama seperti semasa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Bagaimanapun aduan yang diterima itu ada kalanya tidak spesifik dan saya minta kerjasama pengguna dapat membantu penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat lebih komprehensif bagi membolehkan tindakan lebih pantas.
"Berhubung aduan berkaitan kadar harga makanan dan minuman, saya telah meminta supaya penguatkuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan lebih kerap dengan turun memantau premis jualan makanan dan minuman untuk menyelesaikan aduan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Penerangan Pelaksanaan dan Penguatkuasaan SST serta Taklimat Kepenggunaan peringkat Pulau Pinang di sini pada Isnin.
Saifuddin Nasution berkata pihak kementerian sentiasa komited dalam menyelesaikan aduan diterima daripada pengguna dan akan mengambil tindakan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga pada kadar tidak munasabah.
"Setiap aduan yang dihantar memang dilihat dan jika ada asasnya, penguatkuasa kami akan turun untuk lihat sebelum mengambil tindakan ke atas pihak berkenaan," katanya.
Sementara itu, dalam lawatan dan pemerhatian ke atas beberapa buah pasar raya besar di seluruh negara, beliau mendapati 30 barangan keperluan utama rakyat tidak mengalami peningkatan harga.
"Baru-baru ini, saya ada melawat beberapa pasar raya besar dan pemerhatian mendapati 30 barangan utama seperti minyak, Milo, tepung dan lampin pakai buang tidak mengalami kenaikan harga," katanya.
-- BERNAMA
sumber NST
0 comments:
Post a Comment