This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, 25 September 2018

5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN, SELAMAT

Ramai orang mahukan badan yang ideal, tetapi berapa ramai orang yang tahu bagaimana untuk mendapatkan badn yang ideal?

Kebanyakan memilih jalan singkat untuk kurus iaitu menggunakan produk yang berada dipasaran. Sesetengah produk adalah tidak baik dan mendatangkan keburukan kepada kesihatan diri.

Perkara paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah:

ILMU YANG BETUL!

Saya inginkan kongsikan kepada anda 5 TIPS untuk kuruskan badan dan mendapat bentuk badan yang ideal.



1. PEMAKANAN DAN DIET YANG BETUL

Aspek yang paling penting adalah penjagaan diet yang betul. Diet yang betul dapat memberikan hasil yang diingini dengan cepat.

Kurangkan KARBOHIDRAT
  • seperti nasi, gula, roti
  • pengurangan karbohidrat akan menyebabkan sistem metabolisma badan menukarkan lemak sebagai sumber bahan tenaga yang utama
Lebihkan PROTEIN
  • seperti ikan, ayam, daging, telur
  • Diet yang tinggi protein adalah yang terbaik untuk meninggikan kadar metabolisma badan.
  • Protein juga adalah amat penting untuk membina otot badan
OPTIMUM LEMAK, SAYUR DAN ZAT LAIN
  • Diet ini dipanggil ketogenic diet, dimana badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga yang utama.
  • Sayur mengandungi serat dan vitamin yang amat diperlukan badan.


Anda boleh memilih untuk lebihkan pengambilan protein dan kurangkan kuantiti karbohidrat, seperti gambar diatas




2. WORKOUT (KARDIO DAN ANGKAT BERAT)

Saya angkat kongsikan tips rutin senaman dalam seminggu

Day 1: Kardio: jogging atau treadmill machine
Day 2: Rest
Day 3: Chest, Bicep dan Tricep
Day 4: Rest
Day 5: Leg 
Day 7: Rest

Senaman untuk chest:














Senaman tangan:














Senaman Kaki:





















Menggabungkan senaman kardio dan angkat berat dapat memaksimumkan pembakaran kalori dan membina otot untuk bentuk badan yang cantik



3. AIR YANG MENCUKUPI

Apabila kita berdiet dan bersenam, air dalam badan akan berkurang kerana pengeluaran yang banyak melalui peluh dan kencing.

Kita perlu menggantikan cair badan yang hilang.

Minum air yang mencukupi setiap hari




4. TETAPKAN OBJEKTIF DAN IMPIAN


Apabila kita buat sesuatu kita perlu meletakkan objektif yang ingin dicapai.

Tanamkan keazaman dalam diri untuk mencapai objektif kita.

Selalu berfikiran positif




5. CARI KAWAN ATAU SUPPORT GROUP

Apabila kita sedang berdiet akan terdapat pelbagai cabaran. Apabila kita telah lama mencuba, sampai satu masa kita akan rasa letih dan akhirnya give up.

Solusinya adalah, cari orang yang mempunyai objektif yang sama dengan kita

atau

Berkawan dengan orang yang mempunyai ilmu dalam penjagaan kesihatan di gym atau sebagainya.

Kita perlu saling memberi sokongan pada satu sama lain dan sentiasa positif



Sekiranya anda ada masalah atau persoalan, boleh ajukan di ruangan komen.

Selamat mencuba



Bagaimana untuk menurunkan berat badan, cepat dan mudah

hi, semua orang mahukan bentuk badan dan berat badan yang ideal. Bagaimana ingin 
menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan?

Saya akan kongsikan dengan anda cara yang selamat dan berkesan. Semua cara ini 
mempunyai bukti klinikal dan disarankan oleh pakar.

Ada pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan dengan cepat, tetapi ada yang membahayakan kesihatan dan ada yang membuatkan kita rasa lapar. Apabila kita rasa lapar, kita akan cenderung untuk give up.

Tips ini akan membuatkan anda:

  1. kurang selera makan
  2. kurangkan berat badan, tanpa rasa lapar
  3. menambahbaik sistem metabolisma anda

Ok, ini ada 3 langkah mudah untuk kurangkan berat badan:


1. KURANGKAN KARBOHIDRAT/ GULA 

Bukti saintifik menunjukkan pengurangan karbohidrat/gula dalam diet dapat mengurangkan berat badan dengan berkesan.

Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk badan.
Diet yang kurang karbohidrat akan MEMAKSA badan kita menggunakan sumber lain untuk membuat tenaga, seperti lemak dan protein. Lemak adalah sumber tenaga simpanan, yang hanya akan digunakan apabila badan kita kekurangan sumber karbohidrat.

Hormon insulin juga akan BERKURANG dan akan membuatkan buah pinggang bekerja keras untuk membuang lebihan air dan garam.

Anda akan kurang rasa lapar jika mengurangkan karbohidrat dalam diet

2. AMBIL SUMBER PROTEIN, LEMAK DAN SAYURAN

Pengambilan protein yang mencukupi bukan sahaja dapat membantu mengurangkan selera dan craving

Protein amat penting sebagai tumbesaran otot dan sumber tenaga.

Diet yang tinggi kandungan protein dapat MENAMBAH kadar metabolisma badan dan MEMBAKAR kalori, sekaligus menyebabkan apa yang kita makan diproses dengan cepat.

MAKANAN SUMBER PROTEIN YANG TINGGI:
1. Daging - lembu, kambing dan sbgnya
2. Ikan - salmon
3. Ayam
4. Telur 
5. Tempe

SAYUR (RENDAH KARBOHIDRAT)
1. brokoli
2. Bayam
3. Tomato
4. Kubis bunga
5. Timun

SUMBER LEMAK YANG BAIK
1. Olive oil
2. Avocado
3. Butter


3. SENAMAN ANGKAT BERAT DAN KARDIO (SEkURANG-KURANGNYA 2 KALI SEMINGGU)

Dalam diet yang sihat, 80% adalah penjagaan makanan, iaitu diet yang mengandungi rendah karbohidrat dan tinggi protein.

Selebihnya adalah senaman. Disarankan untuk menggabungkan senaman angkat berat dan kardio. Senaman kardio dapat membakar kalori dalam badan dan senaman angkat berat menguatkan kekuatan otot dan badan.

Saya akan kongsikan tips dan plan senaman dalam artikel yang berlainan.



10 TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN

1. Makanan yang tinggi protein semasa sarapan
2. Elakkan makanan/minuman bergula tinggi seperti air karbonat
3. Minum air yang banyak setiap hari dan minum air dahulu sebelum makan, supaya rasa kenyang
4. Pilih makanan yang boleh kurangkan berat badan
5. Banyakkan makanan yang mengandungi serat seperti sayuran dan oat
6. Minum teh atau kopi. Green tea adalah terbaik
7. Kurangkan atau elakkkan makanan yang diproses
8. Makan dengan perlahan
9. Sentiasa timbang badan untuk mengawal 
10. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti


SELAMAT MENCUBA




Monday, 24 September 2018

Parti Keadilan Rakyat(PKR): Langkah PD, perebutan kuasa dan persepsi rakyat

Semenjak pasca PRU-14, polemik politik dalaman PKR semakin mendapat perhatian rakyat. Berbanding sebelum mencapai kemenangan dalam PRU-14, PKR dapat lebih banyak perhatian media mengenai perjalanan politik mereka.

Dato' Seri Anwar Ibrahim, pengerusi baharu PKR, yang dikhabarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8, seperti yang dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Harapan, telah memenangi kerusi presiden parti tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.

Dinamik politik PKR sangat menarik yang menjadikan mereka berbeza dengan UMNO atau parti lain. Semangat reformasi yang dibawa ahli parti menjadikan mereka lebih matang dan terbuka dengan politik demokrasi. Dalam PKR, walaupun di nafikan oleh pemimpin mereka sendiri, dengan jelas terdapat dua kelompok besar yang mempunyai cara pembawaan tersendiri. Dua sosok tubuh yang mengepalai dua kem ini adalah Saudara Rafizi Ramli dan juga Dato' Seri Azmin Ali. Rafizi adalah golongan yang lahir pada zaman reformasi, dididik sendiri oleh Anwar Ibrahim. Rafizi merupakan contoh pemimpin muda yang berintegriti dan bersemangat muda. Beliau telah menjadi 'think tank' PKR dalam merencana strategi politik mereka. Beliau juga menubuhkan INVOKE sebuah badan pemikir bebas yang menjadi medium beliau menyebarkan dakyah politik kepada rakyat. Rafizi merupakan salah satu faktor penting dalam strategi propaganda Pakatan Harapan dan tidak lupa juga jasa beliau semasa menjadi ahli parlimen yang selalu lantang bersuara dan membongkarkan isu-isu ketirisan kerajaan Barisan Nasional.

Azmin Ali tidak kurang hebatnya sebagai ahli politik. Beliau mempunyai rekod tersendiri dalam kepimpinan PKR. Semasa menjadi menteri besar Selangor, beliau telah membuktikan kemampuan dalam mentadbir kerajaan negeri.

Pemilihan PKR kali ini memperlihatkan dua kem terbesar ini merebut kerusi paling kanan dalam PKR, iaitu timbalan presiden parti. Siapakah yang dirasakan gandingan terbaik untuk Anwar Ibrahim?

Langkah Port Dickson adalah strategi politik PKR untuk menaikkan Anwar sebagai ahli parlimen. Strategi ini dilihat mendapat pelbagai reaksi seluruh negara. Dalam PKR sendiri, ada yang mempersoalkan kewajaran langkah PD. Ini adalah politik matang, dimana semua ahli berhak mempersoalkan keputusan parti atau presiden parti dan membawa kepada perbincangan peimpinan tertinggi. Langkah PD amat penting buat Anwar dan PKR demi merealisasikan cita-cita mereka untuk menjadikan Anwar sebagai PM Malaysia.

Apakah kesudahan polemik dalam PKR dan Langkah PD?

sumber: TheCoverage

SST: SEMAKIN BANYAK ADUAN DITERIMA KPDNHEP

Belum sebulan SST dilaksanakan, menggantikan cukai terdahulu GST, KPDNHEP telah menerima ribuan aduan setiap ari mengenai harga barang dan salah laku peniaga. Sebelum ini, menteri KDPNHEP, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah memaklumkan mengenai mekanisma bagi pengguna melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai salah laku peniaga yang mengambil kesempatan dan usaha sabotaj atas pertukaran polisi kerajaan dengan menaikkan harga jualan produk mereka.

Dalam hal ini, bagi mengawal harga barang, kerajaan sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran pengguna, dengan kempen dan pelbagai medium, supaya pengguna lebih peka terhadap perubahan harga barang dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Harga barang menjadi isu penting kerana ini berkait rapat dengan masalah utama yang dihadapi rata-rata rakyat Malaysia, iaitu kos sara hidup.

Diharapkan pada masa hadapan, kerajaan akan dapat menggerakkan inisiatif lain untuk menyelesaikan isu harga barang, sekaligus meringankan kos sara hidup rakyat.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat aduan mengenai harga barang:

1) Talian hotline 1-800-886-800 atau
2) Aduan online http://eaduan.kpdnkk.gov.my/eaduan atau
3) Aduan melalui SMS dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan> ” dan hantar ke 15888 atau
4) Lapor / pergi ke pejabat-pejabat cawangan KPDNKK yang terdekat 


Ayuh, gunakan kuasa pengguna anda!

Berikut adalah laporan yang dipetik daripada Astro Awani:
KEPALA BATAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima kira-kira 2,000 aduan setiap hari daripada orang ramai sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 1 Sept lepas.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima adalah berkaitan kadar harga makanan dan minuman, sama seperti semasa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Bagaimanapun aduan yang diterima itu ada kalanya tidak spesifik dan saya minta kerjasama pengguna dapat membantu penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat lebih komprehensif bagi membolehkan tindakan lebih pantas.

"Berhubung aduan berkaitan kadar harga makanan dan minuman, saya telah meminta supaya penguatkuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan lebih kerap dengan turun memantau premis jualan makanan dan minuman untuk menyelesaikan aduan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Penerangan Pelaksanaan dan Penguatkuasaan SST serta Taklimat Kepenggunaan peringkat Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Pulau Pinang merupakan negeri kelima siri jelajah berhubung SST dan ia akan diteruskan serta tidak hanya bertumpu kepada agensi kerajaan sebaliknya untuk memberi kefahaman kepada golongan suri rumah, mahasiswa dan seluruh masyarakat.

Saifuddin Nasution berkata pihak kementerian sentiasa komited dalam menyelesaikan aduan diterima daripada pengguna dan akan mengambil tindakan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga pada kadar tidak munasabah.

"Setiap aduan yang dihantar memang dilihat dan jika ada asasnya, penguatkuasa kami akan turun untuk lihat sebelum mengambil tindakan ke atas pihak berkenaan," katanya.

Sementara itu, dalam lawatan dan pemerhatian ke atas beberapa buah pasar raya besar di seluruh negara, beliau mendapati 30 barangan keperluan utama rakyat tidak mengalami peningkatan harga.

"Baru-baru ini, saya ada melawat beberapa pasar raya besar dan pemerhatian mendapati 30 barangan utama seperti minyak, Milo, tepung dan lampin pakai buang tidak mengalami kenaikan harga," katanya.

-- BERNAMA


sumber NST

ADAKAH ROSMAH AKAN DIDAKWA?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, telah mengumumkan kertas siasatan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Dato' Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia, telah pun di siapkan dan di hantar kepada pejabat peguam negara. Adakah ini bermakna Datin Seri Rosmah bakal di dakwa atas tuduhan penggubahan wang haram dan lain-lain sabitan jenayah?

Sebelum ini, telah banyak laporan dari luar dan dalam negara mendedahkan salah laku DSN dan DSR semasa pentadbiran mereka. Gaya hidup mewah dan ketirisan dalam perbelanjaan mereka tidak disenangi rakyat yang terhimpit dengan kesempitan hidup dan kos sara hidup yang tinggi.

Jawapan yang dinantikan rakyat akan dimaklumkan oleh pejabat peguam negara pada masa terdekat. Adakah benar dakwaan kepada mereka selama ini? Adakah Datin Seri Rosmah juga bakal di dakwa atas salah laku seperti mana yang diterima oleh suaminya? Nantikan!


Ulasan berita yang dipetik dari Astro Awani:

ARAU: Siasatan terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor telah siap dan telah diserahkan kepada Peguam Negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

"Agensi ini hanya bertanggungjawab menjalankan siasatan dan terserah kepada Peguam Negara untuk mendakwa Rosmah atau tidak," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram. Pada Jun lepas Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.

Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.

Mohd Shukri yang ditemui pemberita selepas menyampaikan Executive Talk bertajuk 'Rasuah: Cabaran Kepada Anak Muda' sempena Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawAR) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak boleh jawab soalan tuan-tuan sama ada dia (Rosmah) akan didakwa kerana ia di luar bidang kuasa kami," kata Mohd Shukri.

Semasa menjawab soalan seorang pelajar kenapa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibebaskan daripada pertuduhan rasuah pembelian banglo selepas pilihan raya umum ke-14 lepas, beliau berkata kuasa penuh untuk mendakwa terletak kepada Peguam Negara.

Mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud individu berkuasa menawarkan kontrak untuk mendapat sokongan dalam pemilihan parti itu, Mohd Shukri meminta Anwar memberi maklumat mengenai kewujudan individu berkenaan.

Katanya, tanpa maklumat adalah sukar untuk SPRM menjalankan siasatan.

Akhbar hari ini melaporkan Anwar mengakui berlaku penawaran itu dan menegaskan beliau sama sekali tidak berkompromi dengan pemimpin yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan. -- Bernama

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-terhadap-rosmah-mansor-selesai-186469

sumber: themalaysianinsight

Saturday, 21 November 2015

[CERPEN 1] ZEXTER - KISAH SI PENAKLUK DUNIA

Eugenik.

Zexter seorang diktaktor. Keazamannya untuk mengawal dunia tidak pernah padam. Semakin lama dia melihat dunia, semakin membuak keinginannya untuk meletakkan dunia didalam genggamannya.

Bagi dia dunia adalah tempat yang paling menguntungkan, bagi yang tahu. Namun tidak ramai yang tahu. Asbab Zexter ingin mengawal dunia bukanlah kerana kesenangan yang bakal diperoleh. Tetapi cinta. Dia ingin mengerti makna cinta, dengan mengawal dunia. 

Dia sudah lama memusuhi cinta. Semua yang dikaitkan dengan cinta itu sungguh jelik. Dia tidak suka drama-drama cinta; suamiku encik sotong, suamiku ustaz, suamiku pilot. Sial semua itu. Dia juga tidak suka novel cinta, yang bermodalkan fantasi, lalu mencemarkan pemikiran manusia dengan sesuatu yang tidak nyata. Dia juga menjadi muak, apabila manusia mengungkapkan kata-kata cinta pada pasangan mereka tanpa mencapai erti sebenar cinta dalam bait kata-kata mereka. Kata-kata kosong sama sahajalah seperti kata-kata ahli politik. Janji semanis cadbury, tapi semuanya macam babi.

Zexter si sang penguasa sudah lama memulakan gerakannya untuk menakluk dunia. Kebenciannya kepada cinta sudah lama berakar menjadi mekar dalam hatinya. Cinta itu sudah tidak wujud lagi. Yang tinggal hanyalah kebencian pada cinta. 

Sudah beberapa kali percubaan dibuat untuk mencapai hasrat Zexter. Tetapi semuanya gagal. Manusia memiliki 'defense system' yang kuat. Tidak mudah untuk ditembusi. Lagi sukar untuk dipengaruhi. 

Yang pertama, Zexter menggunakan cecair Retroviral. Disebarkan secara  rambang kepada kelompok manusia. Pada mulanya rancangan ini hampir berjaya. Apabila manusia menjalinkan cinta, mereka lupa memakai 'pelindungan'. Akhirnya seorang terjangkit, lalu dua orang, seterusnya tiga orang, dan kini berjuta orang. Retroviral sangat jijik. Cairan nanah itu sudah cukup membuatkan manusia muntah kering tidak berisi. Lalu yang menjalin cinta saling membenci, menjauhi dan akhirnya berpisah. Semua kerana jangkitan Retroviral. Tetapi kejayaan ini hanya sementara. Kira-kira 50 tahun sahaja. Manusia sudah mula menyedari kepentingan 'pelindungan' dan cinta. Yang sakit tidak perlu dibenci. Yang perlu dibenci adalah penyakit. Ya, Retroviral pula dibenci manusia. Semakin lama manusia semakin sedar. 'Pelindungan' sudah dipakai, benci sudah bertukar simpati dan akhirnya membentuk semula cinta. Maka rancangan ini gagal. 

Zexter tidak berputus asa, walaupun usahanya selama 50 tahun ini gagal. Tetapi beliau mempelajari sesuatu. Kegagalan itu bukanlah sepenuhnya gagal. Ada juga saat dimana Zexter menikmati kemenangan.

Seterusnya Zexter melancarkan kempen fitnah. Mula-mula satu fitnah ditaburkan. Seterusnya dua, tiga, empat dan kini berjuta fitnah sudah berkeliaran dalam kelompok manusia. Fitnah adalah senjata yang paling canggih lagi berkesan pada Zexter. Hanya bermodalkan kata-kata palsu, ditukar menjadi seolah-seolah benar, lalu disebarkan kepada manusia yang memilki dengki, ditukar menjadi kebencian. Sekali lagi cinta cuba dihapuskan melalui fitnah dan kebencian. Sangkaan Zexter memang benar. Dunia semakin porak peranda. Fitnah tidak mudah lenyap. Sekali dilepaskan, berkurun berkitaran dari satu manusia kepada manusia yang lain. Daripada fitnah terjadi peperangan, perpecahan dan pergolakan. Zexter ketawa besar melepaskan kegembiraannya. Masa berlalu pantas. Fitnah sudah berleluasa hampir 100 tahun. Kebencian sudah disemai elok dalam diri manusia. Tetapi sesuatu berlaku lagi. Manusia yang kuat pegangan ketuhanannya tidak mudah dipengaruhi fitnah Zexter. Mereka terlalu kebal. Akal mereka sukar ditembusi, tiada ruang lagi untuk diisi dengan fitnah. Semuanya dipenuhi dengan tuhan. Tuhan itu maha besar. Cukup besar memuatkan akal manusia, bagi yang mengingati tuhan. 

Manusia sudah mula mengisi akal mereka dengan tuhan. Fitnah sudah lagi tidak berkesan. Zexter gagal pada akhir tahun ke-100. Zexter sedikit tercabar, namun tidak berputus asa. Zexter mula mengorak langkah seterusnya. Misinya untuk mengawal dunia ternyata bukan misi yang mudah. Tetapi keazaman Zexter cukup tinggi untuk meneruskan agendanya.

Kali ini Zexter mendapat idea baru, yang lain dari sebelumnya. Zexter ingin mengawal minda manusia. Fantasi! Zexter tahu fantasi adalah jawapannya. Zexter ingin mencipta dunia yang tidak wujud, lalu disebarkan kepada manusia. Manusia mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tidak wujud. Manusia suka mengimpikan yang indah-indah sahaja. Fantasi adalah cara yang berkesan. Biarkan pemikiran manusia berlegar dalam ruangan yang tidak nyata itu. Jangan diciptakan pintu, supaya mereka terperangkap, tidak boleh menemui jalan keluar. Dalam ruangan itu dipenuhi cinta, keseronokan, keindahan dunia dan lain-lain lagi yang indah-indah belaka. Manusia tidak akan sedar walaupun ia hanya sebuah fantasi. Yang mereka inginkan adalah keindahan sahaja. Biarkan mereka menikmati keseronokan yang tidak nyata itu. Apabila sekali merasakan keseronokan, jiwa mereka akan ketagih, inginkan keseronokan lagi dan lagi. Lihat! Zexter sudah berjaya. Zexter mencapai hasratnya untuk mengawal dunia dengan mengawal minda manusia, dibiarkan dalam dunia tidak nyata. 

Fantasi adalah dunia yang dicipta oleh Zexter, dan manusia sudah lama bergelumang terperangkap disitu. Tidak nyata!

Sesungguhnya Zexter memang seorang diktaktor. Si penakluk dunia.

Jadi siapa yang masih tinggal didunia yang nyata? Zexter? 


Sunday, 8 November 2015

KERAJAAN SUNNI - FAISAL TEHRANI SYIAH

Saya menjadi tertarik dengan penulisan ala-ala underground, sarkastik dan bersahaja setelah mengamati karya-karya Faizal Musa atau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Syiah, liberal, sekular, sesat sudah menjadi hemburan kata yang biasa didengar untuk menggambarkan individu ini. Tidak kurang, ada yang berjaya mendedahkan rahsia nama penanya "Tehrani", berasal dari perkataan Tehran yang merupakan salah satu tempat di negara Iran, menepati dakwaan mereka tentang ke-syiah-an Faizal Musa. Faizal=Tehran=Syiah. Maka Faizal adalah syiah. Logik.

Dengan terdedahnya berita ini yang datangnya daripada hasil penyelidikan dan pemikiran orang-orang yang pakar dalam dedah-mendedahkan rahsia, akhirnya menjadi bukti kukuh kepada dakwaan mereka Faisal Tehrani seorang syiah yang menyokong liberalisme dan sekularisme di Malaysia, bumi sunni berdaulat. Orang seperti ini perlu ditentang habis-habisan. Karyanya jangan dibaca. Barangkali karyanya tidak lain menjadi medium dakwah Syiah, bagi menyesatkan golongan Sunni yang suci lagi bersih bak kain putih. Maka sesuatu perlu dilakukan kepada makhluk ini. Dia perlu di hukum atas perilakunya. Itu dosa besar. Lebih besar daripada Sunni yang membina kilang arak dan membenarkan judi halal yang haram, tetapi mengharamkan judi haram yang haram dijalankan di Malaysia, bumi Sunni berdaulat. Syiah kan mengajar pengikutnya yang darah Sunni adalah halal. Ini satu ancaman. Maka Sunni perlu menghalalkan apa sahaja cara untuk diambil tindakan kepada penganut Syiah di Malaysia. Jika Sunni menjadi pemerintah, maka gunakan kuasa dan undang-undangnya. Bersesuaian dengan perintah al-Quran, yang menyuruh kita mencegah kemungkaran dengan kuasa, lisan atau hati mengikut kemampuan.

Dalam karyanya, sebagai contoh cerpen-cerpen underground, ada memuatkan cerpen yang sarkastik dan bersifat mengkritik pemerintah. Ada kisah mama dan sang suami. Ada kisah suami dan jet kesayangannya. Ada juga kisah jenis-jenis salam yang pelbagai di Malaysia, sebagai contoh 'salam 1 Malaysia', yang menjadi kesukaan rakyat-rakyat Sunni. 

Ini tidak lain adalah satu penghinaan kepada pemerintah Sunni. Pantang pemerintah Sunni yang berketurunan Bugis di hina. Pasti tidak akan menyerah begitu sahaja. Mana boleh. Dia telah hina sebuah kerajaan Sunni yang telah memberi makan kepada rakyat jelata, yang membangunkan negara ini menjadi makmur, sehinggakan tidak ada satu pun rakyatnya yang kelaparan. Jika ada yang kelaparan pun itu rakyatnya yang Syiah. Biar sahajalah Syiah kelaparan. Syiah dan kemiskinan diharuskan. Apa pemerintah Sunni peduli. Sebuah kerajaan Sunni ini juga yang telah mengkurniakan cukai baharu kepada rakyatnya, ternyata sebuah cukai yang efisien seperti mesin vakum. Apalah sangat dicukai 6% demi kelangsungan ekonomi negera. Dulu lagi teruk. Semasa cukai SST, rakyat dikenakan 10% + 6%. Pada ketika itu rakyatnya tertindas kerana dicukai 16%. Kini kerajaan Sunni yang perihatin ini telah mengurangkan cukai sebanyak 10% menjadikan jumlah tercukai 6% sahaja. Tentu sahaja kehidupan rakyat semakin baik sekarang. Begitulah yang dikhabarkan oleh salah seorang menteri Sunni, yang dahulunya adalah timbalan menteri di jabatan perdana menteri, seterusnya menjadi timbalan menteri kewangan dan mempromosikan kelebihan GST sana-sini, dan kini menjadi timbalan menteri perdagangan. Benarkan? Manakan seorang menteri Sunni berbohong kepada rakyat Sunni. Jika terbohong pun kepada rakyatnya yang Syiah. Biar sahaja mereka tertipu.

Bukan itu sahaja. Jika mahu diceritakan kebaikan yang telah ditaburkan sebuah kerajaan Sunni ini pasti tidak habis 9 muka surat, perlu celik 9 hari 9 malam dengan 9 kopi sebagai penyegar, untuk menggambarkan betapa banyak jasa mereka. Kata seorang menteri Sunni, kerajaan sedang mendidik rakyatnya. Setelah puas memikirkan cara untuk mendidik rakyat Sunni untuk menjadi lebih kompiten, maka idea untuk mengimplimentasi kenaikan tol lebuh raya difikirkan cara terbaik. Pertama, mendidik rakyat bangun seawal jam 4 pagi untuk ke tempat kerja. Kedua, mendidik rakyat untuk banyakkan menderma kepada kerajaan dengan ikhlas. Nanti duit derma itu akan menjadi bajet tahun hadapan dan disalurkan kepada rakyat Sunni dalam bentuk BR1M sebagai tanda ehsan kerajaan Sunni dan semangat perngorbanan rakyat Sunni, bersesuaian dengan pepatah yang di sampaikan oleh ketua menteri Sunni berketurunan Bugis itu, "Jika tol tidak naik, manakan BR1M bergoyang(naik)" 

Kerajaan Sunni ini juga memahami aspirasi anak muda. Begitulah yang didakwa seorang menteri Sunni yang mengawal harga barang dan cukai. Untuk menunjukkan kerajaan bersama-sama dengan anak muda, kerajaan bersedia bersengkang mata di pejabat untuk mengkaji semula fatwa majlis fatwa kebangsaan. Dalam sebuah negara Sunni ini, sistem yang diguna pakai sangat sistematik. Untuk membuat keputusan yang benar-benar tepat, kerajaan ini mengadakan dua peringkat majlis fatwa. Satu majlis fatwa yang dianggotai ulama Sunni yang berpendidikan agama yang tinggi. Setelah satu keputusan diputuskan, ia akan di kaji semula oleh majlis fatwa yang lebih tinggi darjatnya. Majlis Fatwa Kabinet, yang dianggotai Jemaah kabinet Sunni yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang. Jadi mana-mana keputusan yang tidak bersesuaian untuk menjaga kemaslahatan ummah terutama anak muda, yang penting sebagai pengundi tatkala PRU akan datang perlu ditimbang tara semula. Maaf silap tulis. Anak muda yang penting untuk masa hadapan negara yang lebih gilang-gemilang.

Maka apabila seorang syiah seperti Faisal Tehrani menghina kerajaan yang suci ini, secara langsung telah menghina kesyumulan ajaran Sunni. Dia harus dihukum. Karyanya harus disekat. Jangan sampai jatuh ketangan rakyat yang berhati suci. Nanti merosakkan mereka. Itu yang ditakuti kerajaan ini. Tidak mahu rakyatnya menjadi kotor dengan anasir jahat yang cuba menjatuhkan Malaysia dengan fahaman jahanam, ejen yahudi dan barat ini. Jika tidak mampu mengikat kaki dan tangan secara fizikal, sudah cukup ikat mindanya, sempitkan ruangnya dan hapuskan peluangnya untuk berkarya. Ini yang sewajarnya, mengikut piawaian Freedom of speech atau Human's right, yang menjadi amalan kerajaan Sunni sedia ada. Keputusan ini yang terbaik.

Apabila individu keparat seperti Faisal Tehrani tidak wujud lagi, maka semakin mudah usaha kerajaan untuk melaksanakan agenda mereka demi memakmurkan Malaysia, bumi Sunni berdaulat. Insyaallah! Maka berteriaklah rakyat Sunni sekalian yang menyanjung tinggi kerajaan mereka, "Takbir!!" , "Allahuakbar!" .