Wednesday, 23 September 2015

MENCARI PERPADUAN DALAM PLURALISTIK - PERAYAAN DI MALAYSIA

Selamat Hari Raya AidilAdha saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, dan selamat bercuti kepada yang lain.

Malaysia sebuah negara majmuk, dengan pluraliti agama dan bangsa. Keperlbagaian bahasa pertuturan, namun tetap menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa perlembagaan adalah sesuatu yang mungkin tidak terdapat di mana-mana negara lain.

Kepelbagaian ini adalah sesuatu yang perlu dirai. Keunikan ini adalah sesuatu yang perlu diangkat menjadi kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

Dalam hidup bermasyarakat dalam konteks Malaysia, saling memahami dan bertoleransi adalah punca kepada perpaduan dan hidup yang harmoni. 58 tahun usaha disemai untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang merupakan impian setiap orang yang perlu diteruskan. 

Kita sedar bahawa usaha untuk membina sebuah bangsa Malaysia bukan satu usaha yang mudah. Kita telah dijurangkan dengan bahasa pertuturan yang berlainan, budaya yang berlainan, status sosioekonomi yang berlainan, agama yang dianuti berlainan dan  kini usaha ini telah dibatasi dengan fahaman politik yang berlainan.

Dalam proses asimilasi ini, kepecayaan kepada bangsa lain adalah penting. Setiap etnik perlu diberi peluang untuk mentadbir negara ini, bukan hanya untuk membela kelompok mereka sendiri tetapi objektifnya adalah untuk meletakkan beban membangunkan negara bersama-sama.

Politik adalah alat terbaik dalam membina sebuah bangsa Malaysia. Amalan politik yang baik menjamin suasana yang harmoni demi menumpu usaha pada pembangunan negara. Namun, politik juga adalah racun, yang memecahbelahkan masyarakat dengan fahaman yang rosak dan pentingkan diri sendiri. 

Kitaran politik yang tidak baik ini telah lama wujud. Diamalkan dari generasi ke generasi. Akhirnya, perpaduan digadai, demi memenangkan sebuah parti politik.

Perlu kita sedar bahawa pembinaan bangsa Malaysia adalah asas kepada kemakmuran negara ini. Hasil perpaduan yang disemai akan menghasilkan sebuah kerajaan yang kuat. Perpaduan merupakan penyelesaian kepada permasalahan pembahagian kekayaan negara, hak pendidikan, hak ekonomi, pelaksanaan dasar negara dan banyak lagi. Masyarakat yang rapuh akan menghasilkan sebuah kerajaan yang kucar-kacir, sekaligus memberi kesan kepada pembangunan negara.

Tanggungjawab membina perpaduan ini terletak dibahu setiap rakyatnya sehinggalah setiap ahli politik. Berhenti menggadaikan perpaduan ini demi kepentingan parti untuk meraih sokongan segelintir masyarakat. 

Kita wajib mengimpikan sebuah bangsa Malaysia terbina dengan kehidupan yang harmoni dan saling memahami. Nasib Malaysia pasa masa akan datang dipertanggungkawabkan keatas kita sebagai generasi yang mencorak perpaduan atau sebaliknya.


Related Posts:

  • Hari Malaysia: Hala tuju dan Cita-cita1. 58 tahun kemerdekaan Tanah Melayu dan 52 tahun pembentukan sebuah gagasan Malaysia hasil gabungan semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Dalam satu tempoh lebih separuh dekad ini, banyak perkara yang sudah kita kecap… Read More
  • Siapa Kena Tampar? 1. Berikutan viral berita daripada Astro Awani yang menunjukkan ucapan Perdana Menteri terhormat Malaysia ketika merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka pada Septemb… Read More
  • PROTES KUNING - MERAH : PUNCA DAN IMPLIKASI - Prof. Mohd Nazari Ismail Baru-baru ini kita telah menyaksikan dua perhimpunan besar di bandaraya Kuala Lumpur. Perhimpunan pertama terdiri dari mereka yang berbaju kuning yang menuntut supaya wujudnya pilihanraya yang adil dan bebas, kerajaan yang… Read More
  • ANALISIS POLITIK KAMPUS - FAKTOR DAN IMPLIKASI 1. Pentas demokrasi Universiti Malaya akhirnya melabuhkan tirainya pada 17 September lalu dengan keputusan yang telah dijangkakan. Jentera Penggerak Mahasiswa, satu-satunya parti yang melibatkan diri dalam pilihan raya kampu… Read More
  • MENCARI PERPADUAN DALAM PLURALISTIK - PERAYAAN DI MALAYSIASelamat Hari Raya AidilAdha saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, dan selamat bercuti kepada yang lain. Malaysia sebuah negara majmuk, dengan pluraliti agama dan bangsa. Keperlbagaian bahasa pert… Read More

0 comments:

Post a Comment